UNIT BIMBINGAN KAUNSELING

Sabtu, 10 Mac 2012

bab istinjak


Erti Istinjak
Istinjak ertinya membersihkan tempat keluar najis. Ia adalah satu ibadah yang diwajibkan bagi orang Islam. Sebelum beristinjak wajib beristibrak terlebih dahulu bagi yang membuang air kecil. Bagi yang membuang air besar boleh beristinjak tanpa  beristibrak. Apakah itu istibrak?

Erti Istibrak
Istibrak ertinya habiskan atau keluarkan najis (air kencing) dengan sempurna. Ini kerana ada kemungkinan lebihan najis (air kencing) akan keluar ketika sedang sembahyang kelak. Tidak diperlukan beristibrak ketika membuang air besar kerana ia akan mendatangkan kemudaratan.

Benda-benda yang boleh dibuat istinjak:-

  • air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan
  • batu
  • kertas
Rukun-rukun istinjak 
Istinjak yang sempurna adalah apabila hilang 3 perkara ini:-
  • rasa  najis
  • rupa najis
  • bau najis
Istinjak tidak sah jika salah satu dari 3 perkara ini masih ada ketika beristinjak.

Syarat-syarat istinjak
Sebelum melakukan istinjak mestilah ada 3 perkara ini:-
1) Pasti dan yakin sudah tiada najis lagi dari tempat keluarnya.
2) Pasti dan yakin air yang digunakan adalah air mutlak semata.
3) Hati hendaklah yakin bahawa najis telah benar-benar bersih apabila selesai instinjak.

Setelah selesai beristinjak disunatkan membaca doa istinjak.

Tiada ulasan: